Perkhidmatan

 Saya menyediakan perkhidmatan mengajar dari rumah ke rumah. Antara kelas  yang saya sediakan ialah seperti berikut:

1)   Kelas Belajar Tajwid.

Di dalam kelas ini, pelajar akan di ajar secara terperinci tentang hukum-hukum tajwid yang wajib diketahui untuk membolehkan membaca al-Quran dengan betul. Juga akan didedahkan apakah kesalahan-kesalahan yang selalu dilakukan tanpa disedari walaupun seseorang itu telah mempelajari hukum-hukum tajwid. Kelas ini saya syorkan kepada anda yang sudah boleh membaca al-Quran, tapi masih tidak tahu mengapa sesuatu bacaan itu perlu di baca dengung. Atau mengapa sesuatu bacaan itu perlu dipanjangkan sehingga 6 harkat.

Untuk pengetahuan, di dalam kelas ini saya tidak akan mengajar sehingga seseorang itu khatam al-Quran, kerana matlamat saya di dalam kelas ini ialah untuk mengajar anda boleh membaca al-Quran berdasarkan hukum-hukum tajwid. Jadi, kelas ini akan tamat apabila anda selesai mempelajari semua hukum tajwid yang berkaitan. Yuran yang dikenakan untuk kelas ini ialah RM20 sejam. Sebarang pertanyaan, hubungi saya di sini.

2)   Kelas Belajar Iqra’

Di dalam kelas ini pula, saya akan lebih menumpukan kepada sesi pembelajaran Iqra’, iaitu jilid 1 hingga 6. Tiada pembelajaran tajwid di dalam kelas ini kerana sistem Iqra’ itu sendiri tidak menekankan kepada hukum-hukum tajwid. Tapi, sekiranya dipelajari dengan cara yang betul anda juga boleh membaca al-Quran dengan betul. Saya akan pandu anda sehingga tamat jilid ke 6.

Selepas tamat jilid 1 hingga 6, anda akan cuba mempraktikkan apa yang dipelajari di dalam Iqra’ dengan membaca surah-surah pendek di dalam juzuk ‘Amma. Selepas itu, sekiranya anda ingin mendalami pula ilmu tajwid, anda boleh mengikuti Kelas Belajar Tajwid yang saya sediakan. Kelas ini pula saya syorkan kepada mereka yang masih tidak boleh membaca al-Quran. Ini kerana Iqra’ bolehlah dianggap sebagai anak tangga pertama, atau asas. Sekiranya asas anda betul dan mantap, insyaAllah pembelajaran seterusnya akan lebih mudah. Yuran yang dikenakan untuk kelas ini ialah RM25 sejam. Sebarang pertanyaan, hubungi saya di sini.

3)   Kelas Feqah

Kelas ini agak berlainan sedikit dari kelas-kelas yang lain. Ini kerana di dalam kelas ini tidak ada pelajaran yang berkaitan dengan ilmu tajwid atau al-Quran. Di dalam kelas ini insyAllah kita akan mempelajari hukum-hukum feqah yang merangkumi bab bersuci, solat, puasa, zakat, haji dan banyak lagi bab yang berkaitan.

Kelas ini agak panjang masanya.  Anda akan belajar menggunakan Kitab Feqah Mazhab Syafi’i yang mengandungi 8 jilid semuanya. Terpulang kepada anda untuk belajar sehingga jilid ke berapa. Yuran untuk kelas ini ialah RM20 sejam. Sebarang pertanyaan, hubungi saya di sini.

P/S : Buat masa ini perkhidmatan yang saya sediakan hanya di dalam kawasan Ipoh sahaja. Sekiranya anda berada di luar kawasan Ipoh, sila hubungi saya untuk perbincangan yang lebih lanjut.

Share/Save/Bookmark

Comments are closed.