Tentang Saya

Assalamualaikum,

Nama saya Abdullah idris. Saya berasal dari Ipoh Perak, dan masih menetap di sana. Saya bekerja sebagai guru kafa. Selain itu saya mempunyai kelas al-Quran dan Tajwid saya sendiri.

Jadi di blog ini saya akan berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman saya dengan para pembaca sekelian tentang ilmu tajwid. Tapi saya bukanlah tahap pakar. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari.

InsyaAllah cita-cita terakhir saya ialah ingin mewujudkan lebih banyak kelas al-Quran kerana bagi saya ilmu ini penting. Ia merupakan langkah pertama untuk kita sebelum melangkah lebih jauh sekaligus menjadikan al-Quran sebagai panduan kita di dalam segala lapangan kehidupan.

Pastikan anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan terbaru saya. Saya syorkan anda supaya terus melanggan tulisan-tulisan terbaru saya secara automatik melalui emel. Dengan cara ini anda tidak akan ketinggalan segala tulisan terkini dari saya walaupun anda tidak berkunjung ke blog saya.

Atau anda ada sebarang persoalan yang berkaitan dengan ilmu tajwid? Anda boleh menggunakan ruang komen di blog ini untuk bertanyakan perkara yang berkaitan dengan ilmu tajwid. Ataupun saya boleh dihubungi melalui emel iaitu abdullahidris2009@gmailcom.

Saya berharap agar kunjungan anda ke blog saya akan mendatangkan manfaat yang banyak dalam memperbaiki lagi bacaan al-Quran anda secara bertajwid. Jadi, sebelum beredar dari laman ini, saya ingin berikan satu hadiah PERCUMA kepada anda sebagai penghargaan saya di atas kesudian anda berkunjung ke sini. Silakan anda mendownload Aplikasi PERCUMA Cara Mudah Belajar Tajwid. InsyaAllah, sedikit sebanyak ia akan dapat membantu anda. Jangan tak download.

Share/Save/Bookmark

8 Comments to “Tentang Saya”

  1. By Hamizul, July 27, 2009 @ 8:41 am

    Salam guru tajwid, siap bagi hadiah lagi…terima kasih!

    • By admin, July 27, 2009 @ 3:50 pm

      Wslm hamizul,

      Alah, hadiah tak seberapa pun. Terima kasih sudi menerima.

  2. By jihan, November 2, 2009 @ 12:30 pm

    Asslamualaikum.

    Meamandangkan ustaz dah berkecmpung dalam bidang ini, boleh tak share dengan saya antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pembaca ketika menyebut huruf- huruf al- halk (ء، هـ، ح، ع، خ، غ) dan huruf- huruf al- jauf (yang berkaitan dengan mad asli)?

    • By admin, November 2, 2009 @ 4:35 pm

      Wa’alaikumussalam,

      Mengikut pengalaman saya, antara kesalahan yang sering dilakukan ketika menyebut huruf-huruf halqi ni ialah sebutan huruf-huruf tersebut tidak tepat dari segi makhrajnya.

      Contohnya huruf ح dan huruf هـ . Huruf ح makhrajnya ialah di tengah kerongkong, tetapi yang banyak disebut ialah pada makhraj huruf هـ . Huruf هـ makhrajnya di hujung kerongkong. Ini menyebabkan hurufnya telah bertukar dari huruf ح kepada هـ .

  3. By shaari, November 17, 2009 @ 4:10 pm

    salam

    syukur terjumpa blog ustaz. blog ni sangat2 membantu saya mendalami ilmu tajwid. Alhamdulillah.

    • By admin, November 18, 2009 @ 12:22 pm

      Salam,
      Saya berasa gembira sekiranya kewujudan blog saya memberikan manfaat. Ajaklah kawan-kawan yang masih ingin belajar tajwid datang ke blog saya.

  4. By Hamba ALLAH, November 30, 2009 @ 7:33 am

    Salam Ustaz..
    Sgt2 berguna blog ustaz ini..tahniah dan terimakasih sy ucapkan..
    saya ada pertanyaan..

    apakah hukumnya membaca al Quran tanpa menggunakan tajwid?
    adakah sesat bagi org2 yg membaca Quran dgn menterjemahkan ikut sedap rasa sendiri je terhadap ayat2 al Quran tersebut?
    sekian terima kasih..

    • By admin, December 8, 2009 @ 5:14 pm

      Wa’alaikumussalam,

      Belajar tajwid hukumnya fardhu kifayah, tetapi membaca al-Quran dengan bertajwid adalah fardhu ain ke atas setiap mukallaf. Jadi sekiranya seseorang itu membaca al-Quran tanpa bertajwid, maka hukumnya adalah berdosa.

      Haram hukumnya menterjemahkan al-Quran sekiranya tidak mengetahui ilmu yang berkaitan.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply