Perbezaan Nun Sukun dan Tanwin

Apabila kita belajar ilmu tajwid, nun sukun dan tanwin diletakkan di dalam bab yang sama. Namun sebenarnya, diantara nun sukun dan tanwin terdapat lima perbezaan.

Jadi di dalam artikel kali ini saya akan berkongsi dengan pembaca tentang lima perbezaan tersebut.

1.   Nun Sukun adalah salah satu dari huruf hijaiyah yang berjumlah dua puluh lapan semuanya sedangkan tanwin hanyalah merupakan huruf tambahan sahaja.

2.   Nun Sukun dapat dikesan pada sebutan dan tulisan sedangkan tanwin hanya dapat dikesan pada sebutan sahaja.

3.   Nun Sukun wujud ketika bacaan berhenti dan bersambung sedangkan tanwih hanya wujud ketika bacaan bersambung sahaja.

4.   Nun Sukun wujud pada kata nama am, perbuatan dan huruf sedangkan tanwin hanya wujud pada kata nama sahaja.

5.   Nun Sukun wujud di pertengahan nama dan diakhirnya sedangkan tanwin hanya wujud di akhir kalimah sahaja.

Itulah lima perbezaan yang wujud diantara Nun Sukun dan Tanwin. Semoga dapat menambahkan lagi ilmu kita dalam mempelajari dan mendalami hukum tajwid ini.

———————————————————

Mengenai Penulis

Abdullah Idris ialah seorang guru KAFA yang telah berpengalaman mengajar al-Quran dan Tajwid selama 3 tahun iaitu sejak tahun 2006 lagi. Di blog ini beliau akan berkongsi sedikit ilmu & pengalaman beliau tentang ilmu tajwid. Lawati blog beliau di http://abdullahidris.com untuk mengenali beliau dengan lebih dekat.
———————————————————–
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini  di blog anda, di forum atau di mana sahaja asalkan anda tidak mengubah setiap isi kandungan artikel ini termasuk biografi penulis.
———————————————————–
Sekiranya anda merasakan artikel ini bermanfaat, apakata anda tinggalkan sedikit komen atau daftar sebagai ahli newsletter kami.

Share/Save/Bookmark

3 Comments to “Perbezaan Nun Sukun dan Tanwin”

  1. By zie, November 14, 2009 @ 1:44 pm

    semasa su membaca dalam klip video siri 2…sepatutnya ayat dibaca secara qalqalah sughra tetapi kenapa dibaca secara qqlqalah kubra…saya nak kepastian sebab ustaz saya ajar huruf qalqalah yag mati asal hendaklah dibaca secara sughra…minta penjelasan.

    • By admin, November 14, 2009 @ 7:51 pm

      Assalamualaikum su,

      Betullah apa yang dikatakan oleh ustaz su tu. Apabila huruf-huruf qalqalah bertanda sukun sedia ada, hukumnya qalqalah sughra. Dan bacaan saya itu qalqalah sughra.

  2. By anhar, November 15, 2009 @ 4:15 am

    Assalamualaikum,
    I just read the topic of idzhar syafawi and ur explanation is very clear.it`s all`bout mim sukun . its` happen when mim sukun(huruf) met the rest of 26 harf of hijaiyyah , eventhough totally is 28 harf of hijaiyyah , huruf ba`is for ikfa`syafawi and mim(sukun) is for idgham mutamasilain. The way of reading idzhar syafawi must be clear and without drone (BM=dengungan), means the pronounciation of mim sukun is pior clear , no additional no insufficent .Here i`m very understand this topic , futhermore ur presentation in 2 video clips(series 1 & 2) had enhance my comprehension.Alhamdulillah,everythings` comes from Allah.

    thanx alot to ustaz , for provide this tajwid website which is penetrate all the syllabus in the subject of tajwid , they come into my inbox sequencely and focus to the one topic . Then next time to the another one topic and they are still linking one of another , sophiscated nowdays , i`ad missed high tech reallly much.

    lastly,may Allah bless u and ur family ,happiness on earhly and hereafter ,insyAllah,Ameen

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply