Video Bacaan Hukum Qalqalah

Sekiranya anda telah membaca artikel saya yang lepas tentang hukum bacaan Qalqalah, tentu anda telah pun faham secara teorinya apakah yang dikatakan qalqalah.

Jadi di dalam artikel kali ini saya tidak lagi akan menulis secara terperinci apa yang dikatakan qalqalah. Bagi sesiapa yang belum lagi membacanya, anda bolehlah membaca tentang hukum bacaan Qalqalah di sini dan juga di sini.

Dalam artikel kali ini saya akan tunjukkan cara bacaan qalqalah melalui video. Ini kerana mungkin masih ramai yang masih belum tahu cara membaca hukum qalqalah secara praktikalnya.

Jadi, saya harapkan agar dengan adanya video ini akan membantu anda untuk mendengar dan seterusnya dapat mempraktikkannya. Di dalam video ini saya akan membacakan contoh-contoh kalimah di bawah di mana yang saya tandakan dengan beberapa warna itu adalah hukum Qalqalah.

Sila lihat contoh di bawah dan perhatikan serta dengar dengan teliti bacaan saya pada kalimah yang berwarna.

1) Qalqalah Sughra:  Berada ditengah kalimah dan bunyi detakannya tidak kuat. Hurufnya asal bertanda sukun. Contohnya:

فَسَتُبۡصِرُ وَيُبۡصِرُونَ , أَفَنَجۡعَلُ ٱلۡمُسۡلِمِينَ كَٱلۡمُجۡرِمِينَ ,

وَدُّواْ لَوۡ تُدۡهِنُ فَيُدۡهِنُونَ

2) Qalqalah Wusta : Apabila waqaf di akhir bacaan pada huruf qalqalah. Huruf qalqalah dibaca dengan sukun mendatang. Bunyinya lebih kuat seolah-olah berbaris di atas. Contohnya :

سَيَصۡلَىٰ نَارً۬ا ذَاتَ لَهَبٍ۬ , وَطَلۡحٍ۬ مَّنضُودٍ۬ , لَآ أُقۡسِمُ بِہَـٰذَا ٱلۡبَلَدِ

2) Qalqalah Kubra : Apabila waqaf akhir bacaan huruf qalqlah, tetapi hurufnya bertanda sabdu. Maka, bunyinya kuat dan lambat sedikit.

تَبَّتۡ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ۬ وَتَبَّ , قُلۡ هِىَ مَوَٲقِيتُ لِلنَّاسِ وَٱلۡحَجِّ‌ۗ ,

إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ ٱلۡقَصَصُ ٱلۡحَقُّ‌ۚ

Itulah tadi bahagian-bahagian Qalqalah dan contoh-contoh kalimahnya. Sekarang mari kita sama-sama melihat cara bacaan qalqalah yang telah saya sediakan. Di dalam video ini saya akan membacakan contoh-contoh yang telah saya letakkan di atas. Lihat semula contoh di atas dan teliti bacaan saya pada kalimah yang berwarna.
 
Video Cara Bacaan Qalqalah 

 
Sekiranya anda tidak dapat melihat video di atas, sila klik link yang telah saya sediakan di bawah:
http://www.youtube.com/watch?v=CuhUFPuT3cM

Dengan menyediakan video cara bacaan qalqalah ini, saya harap dapat membantu anda untuk memahami hukum qalqalah sekaligus dapat mengetahui cara bacaannya yang betul.

 

———————————————————-
 Mengenai Penulis

Abdullah Idris ialah seorang guru KAFA yang telah berpengalaman mengajar al-Quran dan Tajwid selama 3 tahun iaitu sejak tahun 2006 lagi. Di blog ini beliau akan berkongsi sedikit ilmu & pengalaman beliau tentang ilmu tajwid. Lawati blog beliau di http://abdullahidris.com untuk mengenali beliau dengan lebih dekat.
———————————————————–
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini  di blog anda, di forum atau di mana sahaja asalkan anda tidak mengubah setiap isi kandungan artikel ini termasuk biografi penulis.
———————————————————–
Sekiranya anda merasakan artikel ini bermanfaat, apakata anda tinggalkan sedikit komen atau daftar sebagai ahli newsletter kami.

  

Share/Save/Bookmark

2 Comments to “Video Bacaan Hukum Qalqalah”

  1. By shaari, November 22, 2009 @ 3:23 pm

    salam

    syukur Alhamdulillah Allah beri kelapangan pada Ustaz untuk update blog. saya ternantikan perkongsian ilmu terbaru dari ustaz. telah saya masukkan web ustaz ni dalam bloglist saya agar mudah dapat info update2 terbaru.

    • By admin, November 22, 2009 @ 3:49 pm

      Wa’alaikumussalam,

      Sya meminta maaf sekiranya membuatkan anda tertunggu-tunggu update terbaru blog saya. terima kasih kerana meletakkan blog saya ke dalam senarai bloglist anda, mudah-mudahan kita sama-sama memperoleh manfaat.

      Silalah bertanya sekiranya ada sebarang persoalan berkenaan ilmu tajwid.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply