Salah siapa andai ini berlaku?
” Adib, kenapa kamu lima hari tak datang kelas ngaji? “, saya bertanya kepada anak murid saya.
” Mak saya tak bagi datang ustaz “, jawabnya dengan selamba. Terkejut saya dengan jawapan budak tu. Saya bertanya kepada diri sendiri. Kalau tak bagi mengaji mengapa dihantar kepada saya.
” Kenapa pulak mak kamu tak bagi mengaji? “, saya bertanya untuk mendapatkan kepastian.
” Mak kata suruh tumpukan pada periksa yang akan datang “, jawapan yang sedikit sebanyak mengundang kesedihan di hati saya.
Saya bertanya lagi kepada diri. Adakah kelas mengaji al-Quran yang tak sampai sejam ni akan mengganggu masa untuk anak murid saya tu belajar?
Sebenarnya inilah diantara salah satu faktor mengapa anak-anak kita memandang remeh dan enteng terhadap pembelajaran ilmu al-Quran, khususnya ilmu tajwid . Tidak hairanlah di zaman mutakhir ini semakin ramai anak-anak muda yang buta al-Quran. Ada yang lagi teruk sampai nak menyebut huruf hijaiyah pun tak tau.
Ini disebabkan ibu ayah yang sepatutnya berperanan sebagai penyubur minat kepada anak-anak untuk mendalami ilmu al-Quran, berperanan sebaliknya. Mereka sendiri yang menunjukkan sikap bahawa ilmu akademik lebih penting. Bila periksa dah dekat, tak payah pergi mengaji, baca buku. Tidakkah anda merasa bahawa perbuatan ini salah?
Sepatutnya bila musim peperiksaan semakin hampir, masa main sianak tu dikurangkan untuk memberikan ruang yang lebih untuk membaca buku. Tapi tidak. Kelas mengaji yang menjadi “mangsa” keadaan.
Percayalah, selepas ini bila tiba lagi musim peperiksaan, jangan terkejut bila sianak sendiri yang akan meminta kepada ibu bapa untuk “ponteng” kelas mengaji. Bila keadaan ini berlaku, janganlah pula sianak disalahkan. Salahkan diri kita kerana kita yang menunjukkan contoh tersebut kepada sianak.
Ingatlah ibu bapa. Kita adalah penentu kepada masa depan anak-anak kita. Anak-anak dibentuk berdasarkan acuan yang kita tetapkan. Kalau kita menggunakan acuan yang baik, maka baiklah anak-anak kita. Sekiranya acuan yang digunakan buruk, maka buruklah juga masa depan anak-anak kita.
Yang lebih penting untuk kita ketahui, samada baik atau buruk anak-anak kita nanti, mereka adalah cermin kepada diri kita. Andainya anak-anak kita nanti menjadi insan yang bertaqwa, itulah cermin diri kita kepada masyarakat. Masyarakat akan menilai kita ibu bapa berdasarkan anak-anak kita. Mengapa? Kerana kitalah pembentuk mereka.
———————————————————-
Mengenai Penulis
Abdullah Idris ialah seorang guru KAFA yang telah berpengalaman mengajar al-Quran dan Tajwid selama 3 tahun iaitu sejak tahun 2006 lagi. Di blog ini beliau akan berkongsi sedikit ilmu & pengalaman beliau tentang ilmu tajwid. Lawati blog beliau di http://abdullahidris.com untuk mengenali beliau dengan lebih dekat.
———————————————————–
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog anda, di forum atau di mana sahaja asalkan anda tidak mengubah setiap isi kandungan artikel ini termasuk biografi penulis.
———————————————————–
Sekiranya anda merasakan artikel ini bermanfaat, apakata anda tinggalkan sedikit komen atau daftar sebagai ahli newsletter kami.
4 Comments to “Salah siapa andai ini berlaku?”
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI



By Izo, November 3, 2009 @ 9:29 pm
Saya pernah mengalami situasi seperti di atas. Ibubapa hanya nakkan anak2 mereka lulus exam di dunia, tetapi tak mahu lulus ‘exam’ di akhirat
Manusia akhir zaman…
By Hamizul, November 10, 2009 @ 4:32 pm
Salam Pak Guru! He…he…memang le zaman le ni mak bapak tak kisah anak deme bute al-quran. Deme bangga anak deme boleh cakap omputih dan cakap mandarin tapi deme tak ghisau sikit pun anak deme tak gheti sehabuk mace al-quran…tapi anta teruskan usaha anta, wat program motivasi bersama mak bapa deme…insya allah ada le yg sedor diri nanti…
By admin, November 11, 2009 @ 12:39 pm
Wa’alaikumussalam akhi hamizul,
Ana setuju dengan apa yang dikatakan anta. Banyak yang saya jumpa begitulah, mereka hebat dari segi akademik, tapi dari segi ilmu agama, sedih bila tak tau tentang rukun solat, tak tau baca al-Quran, lagi teruk mandi wajibpun tak tau.
InsyaAllah saya akan usahakan mana yang mampu. Idea yang anta sarankan memang baik. terima kasih.
By hamizul, November 10, 2009 @ 4:38 pm
Sabor yeop…deme teruskan usaha deme tu…jangan risau…yg penting dakwah terus…anak-anak tu le madu’ kita yeop…