Hukum Bacaan Ketiga:Izhar Syafawi
Dalam pelajaran ilmu tajwid yang lepas, kita telah pun mempelajari dua hukum bacaan dalam bab Mim Sukun, iaitulah hukum Ikhfa’ Syafawi dan Idgham Mislain Soghir.
Jadi, di dalam artikel kali ini kita akan mempelajari pula hukum bacaan ketiga iaitu hukum Izhar Syafawi.
Hukum Izhar Syafawi berlaku apabila huruf mim yang bertanda sukun bertemu dengan huruf selain daripada huruf mim dan ba. Maka huruf Izhar Syafawi berjumlah dua puluh enam huruf semuanya iaitu baki daripada dua puluh lapan huruf hijaiyah.
Oleh itu apabila mim sukun bertemu dengan huruf Izhar Syafawi samada dalam satu atau dua kalimah, hukum bacaannya izhar iaitu wajib menyatakan dengan jelas sebutan mim sukun daripada makhrajnya tanpa dengung.
Di dalam al-Quran Resam Uthmani hukum Izhar Syafawi akan diletakkan tanda sukun di atas huruf mim sebagai tanda bahawa hukum tersebut ialah Izhar Syafawi. Untuk kefahaman yang lebih jelas, sila lihat contoh-contoh kalimah di bawah beserta video tutorial cara bacaannya.
لَعَلَّكُمۡ تَغۡلِبُونَ , أَبۡصَـٰرُهُمۡ يَخۡرُجُونَ , وَلَهُمۡ عَذَابٌ۬
Sekiranya anda perhatikan contoh di atas, kita dapat lihat bahawa di atas huruf mim ada diletakkan tanda sukun. Ini untuk menunjukkan bahawa hukum tersebut ialah izhar syafawi. Sekarang lihat pula video cara bacaannya. Pastikan anda merujuk contoh di atas apabila mendengar cara bacaan yang saya tunjukkan.
Cara Bacaan Izhar Syafawi # siri 1
Sekiranya anda tidak dapat melihat video di atas, sila klik link di bawah:
http://www.youtube.com/watch?v=CjkkCxG91TE
Perlu di ambil perhatian di sini iaitu apabila mim sukun bertemu dengan huruf Izhar Syafawi wau atau fa, tanda bacaan sukun pada huruf mim perlulah lebih dijelaskan lagi, kerana dikhuatiri seolah-olah sebutan mim sukun bersambung dengan kedua-dua huruf tersebut.
Di bawah ini telah saya sediakan contoh-contoh kalimah mim sukun bertemu bertemu dengan huruf wau dan fa beserta video tutorial cara bacaannya yang betul. Di harapkan dengan adanya video tersebut akan dapat membantu agar anda dapat membaca dengan betul.
قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنٌّ۬ , مِنۡهُمۡ فَأَغۡرَقۡنَـٰهُمۡ
Di bawah ini telah saya sertakan sekali video cara bacaannya. Lihat dan perhatikan dengan teliti bagaimana bacaan saya pada tempat yang berwarna merah. Di situlah mudahnya terjadi kesalahan bacaan tanpa kita sedari.
Video Cara Bacaan Izhar Syafawi # siri 2
Sekiranya anda tidak dapat melihat video di atas, sila klik link di bawah:
http://www.youtube.com/watch?v=mWZnj2ktkHs
Mudah-mudahan anda akan dapat mempelajari, memahami dan mempraktikkan hukum bacaan Izhar Syafawi sehingga mahir. Sekiranya terdapat pertanyaan, manfaatkan ruang komen yang disediakan.
———————————————————–
Mengenai Penulis
Abdullah Idris ialah seorang guru KAFA yang telah berpengalaman mengajar al-Quran dan Tajwid selama 3 tahun iaitu sejak tahun 2006 lagi. Di blog ini beliau akan berkongsi sedikit ilmu & pengalaman beliau tentang ilmu tajwid. Lawati blog beliau di http://abdullahidris.com untuk mengenali beliau dengan lebih dekat.
———————————————————–
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog anda, di forum atau di mana sahaja asalkan anda tidak mengubah setiap isi kandungan artikel ini termasuk biografi penulis.
———————————————————–
Sekiranya anda merasakan artikel ini bermanfaat, apakata anda tinggalkan sedikit komen atau daftar sebagai ahli newsletter kami.
4 Comments to “Hukum Bacaan Ketiga:Izhar Syafawi”
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI



By hamizul, November 10, 2009 @ 4:40 pm
Isk…lawo nyer blog mike yeop…baguih le cenggini…
By admin, November 11, 2009 @ 12:41 pm
Alah, biasa-biasa jer, tak lawa nama pun. Yang saya beratkan ialah penyampaian ilmu tajwid yang saya fokuskan di blog saya akan dapat diterima oleh masyarakat.
By shaari, November 17, 2009 @ 4:22 pm
terima kasih berkongsi ilmu.
By admin, November 18, 2009 @ 12:20 pm
Sama-sama. Terima kasih kerana berkunjung.