Program Cuti Sekolah

Pada hari ini saya dengan sukacitanya mengumumkan bermula cuti sekolah ini saya akan menganjurkan dua kelas iaitu kelas Belajar al-Quran dan kelas Tajwid al-Quran. Kelas ini akan bermula pada 1 Disember 2009. Jadi sekiranya anda berada disekitar Ipoh ini mungkin peluang anda untuk mengikuti kelas tersebut.

Di dalam kelas al-Quran ini anda akan mula belajar dari peringkat asas iaitu mengenal huruf hijaiyah hinggalah kepada mengenal hukum-hukum tajwid.

Jadi kelas ini amat sesuai kepada anda yang belum pernah belajar al-Quran atau bacaan anda masih belum lancar. Setelah anda boleh membaca al-Quran, anda akan diperkemaskan lagi dengan penguasaan hukum-hukum tajwid.

Untuk pengetahuan anda, di dalam kelas ini kita akan belajar dengan menggunakan kaedah terbaru iaitu kaedah al-Matien di mana kaedah ini telah digunakan oleh Ustaz Zamri di dalam rancangan Mari Mengaji. Bagi memastikan semua yang mengikuti kelas ini dapat memahami setiap sesi pembelajaran, saya hanya menghadkan penyertaan kepada 25 orang sahaja. Jadi saya nasihatkan cepat-cepatlah mendaftarkan diri untuk mengikuti kelas saya ini. Kelas al-Quran ini akan bermula pada pukul lapan pagi hinggalah jam sepuluh pagi.

Manakala di dalam kelas Tajwid al-Quran pula anda akan mempelajari secara terperinci tentang setiap hukum tajwid yang wajib anda ketahui untuk memastikan pembacaan al-Quran tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh ilmu tajwid itu sendiri. Kelebihan anda mengikuti kelas ini ialah kita akan belajar secara bertalaqqi di mana anda dapat mendengar cara bacaan saya dan saya akan memdengar pula bacaan anda.

Dengan ini setiap kali anda membaca al-Quran, anda akan dapat membaca dengan penuh yakin. Di dalam kelas ini kita akan belajar tajwid dengan menggunakan kitab Tajwid al-Quran Resam Uthmani tulisan Ustaz Abdul Qadir Leong al-Azhari (kitab hijau).

Kelas ini saya galakkan kepada anda yang sudah boleh dan lancar bacaan al-Qurannya, tetapi masih lemah dari segi penguasaan nama-nama hukum tajwid serta cara bacaan yang sebenarnya. Setelah anda betul-betul memahami dan mengetahui nama-nama hukum tajwid itu, saya yakin selepas ini anda boleh mengajar pula kepada orang lain. Paling kurang pun ahli keluarga anda.

Kelas ini juga saya hadkan penyertaannya kepada 25 orang sahaja. Ini kerana saya nak pastikan setiap apa yang saya sampaikan akan dapat diterima oleh semua orang. Kelas ini akan bermula dari jam dua hingga tiga setengah petang. Kedua-dua kelas ini akan saya adakan di Sekolah Agama Rakyat al-Hidayah Jelapang Jaya.

Kelas ini hanya saya syorkan kepada mereka yang bersungguh-sungguh untuk belajar. Ini kerana tanpa kesungguhan dan kemahuan yang tinggi adalah sukar untuk kita memperbetulkan bacaan al-Quran kita. Jadi, sekiranya anda berminat untuk menyertainya dan ingin mendaftar, sila emelkan segala pertanyaan lanjut ke alamat emel di bawah:

emel: abdullahidris2009@gmail.com

Segala pertanyaan anda yang berkaitan dengan kelas ini adalah merupakan satu tanda bahawa anda memang benar-benar berminat dan bersungguh-sungguh untuk belajar. Ingat, setiap kelas saya hanya untuk 25 orang sahaja. Anda boleh pilih untuk mengikuti kelas saya yang mana satu mengikut tahap anda.

Jadi, cepat-cepatlah daftarkan diri anda kerana selain saya memaklumkan melalui blog ini, saya juga akan membuat hebahan tentang kelas ini secara offline. Semoga kita akan berjumpa di dalam kelas saya nanti.

————————————–

Mengenai Penulis

Abdullah Idris ialah seorang guru KAFA yang telah berpengalaman mengajar al-Quran dan Tajwid selama 3 tahun iaitu sejak tahun 2006 lagi. Di blog ini beliau akan berkongsi sedikit ilmu & pengalaman beliau tentang ilmu tajwid. Lawati blog beliau di http://abdullahidris.com untuk mengenali beliau dengan lebih dekat.
———————————————
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini  di blog anda, di forum atau di mana sahaja asalkan anda tidak mengubah setiap isi kandungan artikel ini termasuk biografi penulis.
——————————————
Sekiranya anda merasakan artikel ini bermanfaat, apakata anda tinggalkan sedikit komen atau daftar sebagai ahli newsletter kami.

Share/Save/Bookmark

3 Comments to “Program Cuti Sekolah”

  1. By hamizul, October 30, 2009 @ 4:46 pm

    Salam Abdullah, he…kelemayor mate teman memace kat blog miker ni…bagi la ada elemen-elemen bunga ke, apa ke…nampak menarik le sikit…he…he….

    • By admin, October 31, 2009 @ 10:41 am

      Assalamualaikum hamizul,

      Memang saya sajer nak bagi mata anda kelemayor bila baca artikel di blog saya,he…he…,lawak jer. Sebenarnya saya ni masih baru lagi dalam pembinaan blog ni, jadi pelan-pelanlah.

  2. By dya, November 24, 2009 @ 12:06 pm

    assalamualaikum….

    izinkan ana tanya, ustaz ada buat kelas bahasa arab tak?? ana memerlukan seorang guru bahasa arab. diharap ustaz dapat email ana di yan_melankolia@yahoo.com.my.

    syukran.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply