Teknik Mengenal Alif Maqsurah
Kalau sewaktu kecil-kecil dahulu, kita telah diajar oleh guru mengaji bahawa huruf ‘ya’ mempunyai dua titik di bawah. Itulah yang dipegang oleh kita sampai sekarang.
Tapi cuba anda perhatikan kalimah-kalimah dibawah.
عَلَىٰ فِى بِٱلۡهُدَىٰ ٱلَّذِى عُمۡىٌ۬ شَىۡءٍ۬
Mengapa huruf ‘ya’ pada kalimah-kalimah di atas tidak mempunyai titik di bawahnya? Tahukah anda bahawa di dalam Al-Quran Resam Uthmani terdapat satu lagi huruf yang serupa bentuknya seperti huruf ‘ya’.
Mengikut kaedah di dalam hukum tajwid huruf tersebut dinamakan Alif Maqsurah. Jadi ada beberapa kaedah yang mesti diketahui bagi membezakan diantara huruf ‘ya’ dan huruf Alif Maqsurah.
InsyaAllah pada artikel kali ini saya akan kongsikan bersama anda kaedah-kaedah tersebut. Sebenarnya tidaklah susah untuk membezakan diantara kedua-dua huruf ini.
Sila lihat semula kalimah-kalimah di atas. Yang saya tandakan dengan warna biru tersebut ialah huruf Alif Maqsurah. Di atas huruf tersebut terdapat huruf alif kecil yang dinamakan Alif Zaidah. Jadi, sekiranya terdapat Alif Zaidah ini, maka ketika ini huruf seperti ‘ya’ tadi berfungsi sebagai huruf Alif Maqsurah. Peranan Alif Maqsurah adalah sama seperti huruf alif.
Dan huruf-huruf yang saya tandakan dengan warna merah itulah huruf ‘ya’. Jadi untuk mengenali huruf ‘ya’ ialah jika sekiranya terdapat di atasnya tanda sabdu, tanda sukun, tanwin dan juga tanda baris samada baris di atas, di bawah atau di hadapan.
Kesimpulannya sekiranya di atas huruf ‘ya’ tidak terdapat huruf Alif Zaidah, maka ketika itu ia berfungsi sebagai huruf ‘ya’. Dan sekiranya terdapat huruf Alif Zaidah, maka huruf ‘ya’ tadi berfungsi sebagai huruf Alif Maqsurah.
Itulah sedikit tip dari saya tentang huruf Alif Maqsurah dan cara mengenalinya. Semoga perkogsian ini akan memberikan sedikit manfaat kepada anda.
————————————————————-
Mengenai Penulis
Abdullah Idris ialah seorang guru KAFA yang telah berpengalaman mengajar al-Quran dan Tajwid selama 3 tahun iaitu sejak tahun 2006 lagi. Di blog ini beliau akan berkongsi sedikit ilmu & pengalaman beliau tentang ilmu tajwid. Lawati blog beliau di http://abdullahidris.com untuk mengenali beliau dengan lebih dekat.
————————————————————————————
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog anda, di forum atau di mana sahaja asalkan anda tidak mengubah setiap isi kandungan artikel ini termasuk biografi penulis.
————————————————————————————
Sekiranya anda merasakan artikel ini bermanfaat, apakata anda tinggalkan sedikit komen atau daftar sebagai ahli newsletter kami.
6 Comments to “Teknik Mengenal Alif Maqsurah”
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI



By PengemisRedha, October 8, 2009 @ 12:41 pm
assalamualaikum.oo ini y dinamakan alif maqsurah..
By admin, October 8, 2009 @ 1:31 pm
Waalaikumussalam,
Ye, inilah yang dinamakan alif maqsurah. Ada sesetengah diantara anak murid saya yang masih tidak tahu nama dan cara bacaannya. Ada sesetengahnya pula tidak tahu namanya. jadi, mudah-mudahan artikel ini akan memberi manfaat.
By Sham Izuddi, October 13, 2009 @ 3:23 pm
assalamualaikum ustaz
macammana kaedah sebutan alif maqsurah ini ustaz.
terima kasih.
By admin, October 13, 2009 @ 4:31 pm
Waalaikumussalam,
Sham Izudi,
Kaedah bacaan alif maqsurah adalah sama seperti hukum mad asli. Bacaannya ialah dua harkat.
Harap dapat membantu,
Abdullah Idris.
By Sham Izuddi, October 19, 2009 @ 8:08 am
terima kasih ustaz atas penjelasan tersebut. Maknanya huruf ya tidak dibunyikan dan digantikan dengan huruf alif.
By admin, October 19, 2009 @ 9:47 am
Sama-sama Sham,
Ya, begitulah dari segi bacaanya. Digantikan dengan huruf mad alif, tapi dari segi tulisan tetap ditulis dengan huruf ya tanpa titik.