Pengenalan Hukum Mim Sukun

Create your own banner at mybannermaker.com!

Setelah kita mengenali hukum-hukum bacaan tajwid yang terdapat di dalam Nun Sukun dan Tanwin, kini tibalah pula masanya untuk kita mempelajari hukum-hukum tajwid yang terdapat dalam Mim Sukun pula.

Pentingkah kita mempelajari sekaligus menguasai cara-cara bacaan yang terdapat dalam Mim Sukun ni?

Jawapannya ya, amat penting. Tidak lengkap ilmu tajwid kita kalau tidak mempelajari bahagian ini. Tujuan kita belajar hukum-hukum tajwid yang terdapat dalam Nun Sukun dan Tanwin ialah untuk mengetahui bagaimana kita nak membunyikan lafaz Nun Sukun dan Tanwin apabila bertemu dengan huruf-huruf  hijaiyah. Apakah perlu didengung atau tidak boleh didengung? Kalau bacaannya mesti didengungkan, bagaimana pula cara nak membunyikan dengungnya?

Ini kerana dengung bagi hukum Idgham Maal Ghunnah tidak sama dengungnya seperti hukum Ikhfa’ dan Iqlab? Maka ini semua telah pun kita pelajari dalam artikel saya yang telah lepas. Begitu jugalah keadaannya dengan hukum Mim Sukun. Ada beberapa hukum tajwid yang akan kita pelajari di dalam bab ini yang mana dengan mempelajarinya, kita akan tahu pula cara nak melafazkan sebutan Mim Sukun tadi samada ketika dengung atau tidak.

Cuba lihat kalimah-kalimah di bawah:

 دَخَلۡتُم بِهِنَّ ,  عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ,  قُلُوبِهِم مَّرَضٌ۬  

Apakah hukum-hukum bacaan yang perlu dibaca pada kalimah-kalimah di atas? Apakah hukum pada kalimah yang berwarna merah? Apa pula hukum pada kalimah yang bewarna biru dan hijau? Semuanya ada hukum-hukum tajwid tertentu yang akan kita pelajari sama-sama nanti.

Oklah pembaca sekelian. Itulah serba sedikit yang dapat saya tuliskan dalam artikel kali ini tentang hukum Mim Sukun ini. Saya belum lagi masukkan nama-nama hukumnya kerana tajuk artikel pun tentang pengenalan. Jadi kita hanya berkenal-kenalan dulu. Bak kata pepatah “Tak Kenal Maka Tak Cintakan” :-)   .Maka pada artikel akan datang, insyaAllah kita akan mula mengenali nama-nama hukumnya dan cara bacaannya yang akan saya tunjukkan melalui video.

Selamat membaca!

—————————————————————————

Mengenai Penulis

Abdullah Idris ialah seorang guru KAFA yang telah berpengalaman mengajar al-Quran dan Tajwid selama 3 tahun iaitu sejak tahun 2006 lagi. Di blog ini beliau akan berkongsi sedikit ilmu & pengalaman beliau tentang ilmu tajwid. Lawati blog beliau di http://abdullahidris.com untuk mengenali beliau dengan lebih dekat.
————————————————————————————
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini  di blog anda, di forum atau di mana sahaja asalkan anda tidak mengubah setiap isi kandungan artikel ini termasuk biografi penulis.
————————————————————————————
Sekiranya anda merasakan artikel ini bermanfaat, apakata anda tinggalkan sedikit komen atau daftar sebagai ahli newsletter kami.

Share/Save/Bookmark

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply