Hukum Bacaan Pertama : Idgham Mislain Soghir
Saya telah pun menerangkan dalam artikel yang lepas bahawa tujuan kita belajar bab Hukum Mim Sukun ialah kerana untuk mengetahui cara yang betul bagaimana melafazkan bunyi Mim Sukun bertemu dengan huruf hijaiyah.
Jadi, pada artikel kali ini insyaAllah kita akan mempelajari hukum bacaan yang pertama. Apabila Mim Sukun bertemu dengan huruf hijaiyah, maka akan wujud tiga hukum bacaan mengikut kaedah tajwid, iaitu:
- Idgham Mislain Saghir
- Ikhfa’ Syafawi
- Izhar Syafawi
Hukum Bacan Pertama : Idgham Mislain Saghir
Hukum ini berlaku apabila huruf mim yang bertanda sukun (pertama)bertemu dengan huruf mim yang berbaris(kedua). Maka huruf mim bertanda sukun itu wajiblah dimasukkan ke dalam huruf mim yang berbaris dan mengekalkan sifat dengungnya sebanyak dua harkat. Inilah yang dimaksudkan dengan Idgham iaitu memasukkan.
Manakala maksud Mislain Soghir pula ialah dua yang semisal kecil. Maksud semisal ini ialah dua huruf yang sama dari segi makhraj dan sifatnya, iaitu huruf mim. Dinamakan dengan kecil pula ialah kerana huruf mim yang pertama bertanda sukun dan huruf mim yang kedua berbaris.
Tetapi apa yang peting dan perlu diberikan perhatian ialah pada cara bacaannya. Ini kerana tiada gunanya kalau kita mengetahui secara terperinci maksud yang saya sebutkan tadi, tapi salah dari segi bacaannya.
Telah pun saya nyatakan tadi bahawa hukum bacaan Idgham Mislian Saghir ialah wajib dimasukkan huruf mim yang bertanda sukun ke dalam huruf mim yang berbaris. Sila lihat contoh di bawah:
قَالَ لَهُم مُّوسَىٰ أَڪۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ
مَا لَكُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَيۡرُهُ عَنۡہُم مَّا كَانُواْ
Anda lihat pada kalimah di atas. Huruf mim yang bertanda merah ialah huruf mim yang pertama yakni bertanda sukun. Manakala huruf mim yang berwarna biru pula adalah huruf mim kedua yakni yang berbaris. Satu perkara yang dapat kita ketahui berdasarkan contoh di atas ialah hukum ini hanya berlaku di dalam dua kalimah sahaja dan tidak akan berlaku di dalam satu kalimah.
Perhatikan juga di atas huruf mim yang pertama tiada tanda sukun. Manakala huruf mim yang kedua berbaris dan bertanda sabdu. Maka ini adalah sebagai tanda untuk kita mengenali hukum Idgham Mislain Saghir di dalam al-Quran Resam Uthmani. Dapatkah anda faham dengan keterangan saya?
Untuk memastikan bahawa apa yang anda faham itu benar-benar mengikut cara bacaan yang tepat mengikut hukum tajwid, saya telah pun menyediakan video cara bacaan hukum Idgham Mislian Saghir ini. Jadi, sila lihat pada video ini dan rujuk pada kalimah-kalimah di atas. Ini kerana saya akan membacakan contoh-contoh di atas.
Video Cara Bacaan Idgham Mislain Saghir
Perhatian : Sekiranya anda tidak dapat melihat video di atas, sila klik link yang saya sertakan ni:
http://www.youtube.com/watch?v=bRWJQ9cFFw4
Dapatkah anda megikut cara bacaan yang telah saya tunjukkan? Saya berharap artikel dan video ini akan membantu meningkatkan lagi ilmu anda tentang hukum dan kaedah tajwid ni. Pastikan anda bertanya sebarang soalan yang anda tidak faham dan insyaAllah saya akan membantu anda.
Selamat mencuba
!
—————————————————————————-
Mengenai Penulis
Abdullah Idris ialah seorang guru KAFA yang telah berpengalaman mengajar al-Quran dan Tajwid selama 3 tahun iaitu sejak tahun 2006 lagi. Di blog ini beliau akan berkongsi sedikit ilmu & pengalaman beliau tentang ilmu tajwid. Lawati blog beliau di http://abdullahidris.com untuk mengenali beliau dengan lebih dekat.
————————————————————————————
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog anda, di forum atau di mana sahaja asalkan anda tidak mengubah setiap isi kandungan artikel ini termasuk biografi penulis.
————————————————————————————
Sekiranya anda merasakan artikel ini bermanfaat, apakata anda tinggalkan sedikit komen atau daftar sebagai ahli newsletter kami.
4 Comments to “Hukum Bacaan Pertama : Idgham Mislain Soghir”
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI



By Pengemisredha, October 24, 2009 @ 4:11 pm
salam ustaz, terima ksh ya selama ni bnyk brkongsi ilmu dengan ana..ana akan terus mengikuti perkongsian mengenai ilmu tajwid ni.
moga bertemu lagi didunia blog ni. minta maaf segalanya.
By admin, October 25, 2009 @ 10:33 am
Waalaikumussalam,
Sama-sama. Mudah-mudahan perkongsian yang tak seberapa ni akan mendatangkan faedah kepada masyarakat. Terima juga saya ucapkan kepada anda kerana mengikuti perkembangan blog saya. Semoga kita semua akan memperolehi petunjuk agar akan terus menjadi orang yang dahagakan ilmu-Nya dan dipermudahkan jalan bagi kita untuk mencari ilmu-Nya.
By anhar, October 26, 2009 @ 1:02 am
Alhamdulillah.thanx ust 4 this sharing-Tajwid knowledge – under the current topic -Idgham mutamasilain-simple .. it happen when mim sukun(huruf) had met mim which has `baris` and restraint voice in two harakaat..ok now i can understand ,very clear and i can practise in my Al-Quran reciting !! it`s very good !! step by step ..i can see it`s easy as 1,2,3 and it`s simple as A,B,C, …sorry .i`m type of sloooww….i know must work very 2 harder more than others…but just fine ..Allah loves me
By admin, October 26, 2009 @ 1:26 pm
Sama-sama. terlebih dahulu saya minta maaf kerana membalas komen anda dalam bahasa melayu. Sebabnya saya kurang fasih berbahasa Inggeris.
Saya berharap agar dengan perkogsian sedikit ilmu ini akan memberikan faedah kepada anda dan semua yang membaca di blog saya. Terima kasih atas kesudian anda memberikan sedikit komen. Saya amat menghargainya.
Sekian, terima kasih.
Abdullah Idris,
http://abdullahidris.com