Hukum Bacaan Kedua : Ikhfak Syafawi

Alhamdulillah kita telah pun belajar hukum tajwid yang pertama dalam bab Mim Sukun, iaitu Idgham Mislain Soghir. Diharapkan pembaca-pembaca saya dapat memahami hukum tersebut.

Jadi, untuk artikel hari ini kita akan belajar pula hukum yang kedua iaitu Ikhfak Syafawi. Huruf  ikhfak syafawi hanya satu sahaja iaitu ” ba “. Jadi, apabila mim sukun bertemu dengan huruf  ” ba “ maka mim sukun wajiblah diikhfakkan di sisi huruf  ” ba “ dan disempurnakan dengung sebanyak dua harkat.

Kalau anda telah membaca artikel saya yang lepas tentang hukum Ikhfak Haqiqi, pastinya anda telah tahu bahawa makna ikhfak ialah sembunyi. Samalah juga dengan Ikhfak Syafawi. Jadi ertinya di sini ialah apabila mim sukun bertemu dengan huruf  ” ba ” maka mim sukun wajiblah disembunyikan disisi huruf ” ba “.

Cara bacaan hukum Ikhfak Syafawi sebenarnya sama dengan hukum bacaan Iqlab dalam bab Nun Sukun dan Tanwin iaitu kedua-dua bibir direnggangkan sedikit.

Hukum bacaan ini dinamakan dengan Ikhfak Syafawi yang beerti Ikfak Kebibiran kerana perimbangan dengan makhraj huruf mim yang keluar dari dua bibir. Sekarang mari kita lihat contoh-contoh kalimah bagi hukum Ikhfak Syafawi.

أَمۡرَهُم بَيۡنَهُمۡ ,  وَهُم بِٱلۡأَخِرَةِ ,  رَبَّہُم بِٱلۡغَيۡبِ ,  مَّا هُم بِبَـٰلِغِيهِۚ

 

Yang saya tandakan dengan warna merah itu adalah hukum Ikhfak Syafawi. Apa yang dapat kita lihat bahawa di atas huruf mim tidak diletakkan tanda sukun. Ini adalah tanda yang digunakan di dalam al-Quran resam Uthmani bagi menunjukkan bahawa itu ialah hukum Ikhfak Syafawi.

Bagaimana? Sudahkah anda memahami hukum Ikhfak Syafawi? Sekarang mari kita lihat pula video bagaimana untuk membaca hukum Ikhfak Syafawi ini. Pastikan anda merujuk semula contoh-contoh kalimah di atas ketika menonton video ini kerana saya akan membacakan berdasarkan contoh-contoh di atas.

Video Cara Bacaan Ikhfak Syafawi

Sekiranya anda tidak dapat melihat video di atas, sila klik link yang saya sertakan ini:
http://www.youtube.com/watch?v=H0SIBF73Qs4

Saya harapkan agar dengan melihat video ini anda dapat mencuba sendiri cara bacaan hukum Ikhfak Syafawi sekaligus dapat memahirkan dengan bacaan tersebut.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan yang anda tidak faham, pastikan anda bertanya kepada saya dengan menggunakah ruang komen di bawah. Semoga artikel ini akan memberikan manfaat bersama.

Selamat mencuba :-) !

——————————————————–

Mengenai Penulis

Abdullah Idris ialah seorang guru KAFA yang telah berpengalaman mengajar al-Quran dan Tajwid selama 3 tahun iaitu sejak tahun 2006 lagi. Di blog ini beliau akan berkongsi sedikit ilmu & pengalaman beliau tentang ilmu tajwid. Lawati blog beliau di http://abdullahidris.com untuk mengenali beliau dengan lebih dekat.
——————————————————
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini  di blog anda, di forum atau di mana sahaja asalkan anda tidak mengubah setiap isi kandungan artikel ini termasuk biografi penulis.
——————————————————–
Sekiranya anda merasakan artikel ini bermanfaat, apakata anda tinggalkan sedikit komen atau daftar sebagai ahli newsletter kami.

Share/Save/Bookmark

3 Comments to “Hukum Bacaan Kedua : Ikhfak Syafawi”

  1. By salam, October 28, 2009 @ 9:43 pm

    alhamdulillah, dengan artikel ini semoga dapat membantu saudara seagama.

    • By admin, October 29, 2009 @ 12:14 pm

      InsyaAllah.Begitulah diharapkan agar artikel yang ada di blog ini akan memberikan manfaat kepada para pembaca.

  2. By salam, November 8, 2009 @ 8:30 am

    alhamdulillah artikel ini satu lagi amal jariah untuk semua yang mengambil mafaat

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply