Melepaskan Dua Huruf Bertanda Sukun
Jika anda membaca artikel saya yang lepas bertajuk Cara Bacaan Hamzah Wasol diantara Huruf Bertanwin dan Bertanda Sukun atau Sabdu, saya telah pun menerangkan secara terperinci bagaimana cara bacaannya yang betul mengikut kaedah ilmu tajwid. Sekiranya anda belum membaca, sila klik di sini.
Jadi pada artikel ini saya tidak akan menyentuh lagi tentang cara bacaanya. Kita telah pun mengetahui bahawa huruf yang berbaris tanwin akan dihilangkan satu barisnya, dan di bawah Hamzah Wasol akan diletakkan huruf nun yang berbaris bawah.
Cuba lihat kalimah di bawah:
لَهۡوًا ٱنفَضُّوٓاْ
Sekiranya anda membaca seperti ini : ” Lahwanfaddhu”. Maka bacaan sebegini adalah salah mengikut kaedah tajwid. Bacaan yang betul mengikut kaedah tajwid ialah seperti ini : ” Lahwaninfaddhu “. Inilah bacaan yang betul berdasarkan Riwayat Hafs.
Di mana baris dua di atas huruf wau telah dihilangkan satu baris dan diletakkan dibawah hamzah Wasol huruf nun yang berbaris bawah.
Cuma apa yang ingin saya sentuh di sini ialah :
1) Apakah tujuan dihilangkan satu daripada baris tanwin yang terdapat di atas huruf sebelum dari hamzah wasol?
2) Mengapa diletakkan huruf nun di bawah Hamzah Wasol, mengapa tidak diletakkan huruf lain?
Pernah tak anda terfikir soalan ini?
Ok, untuk jawapan pertama ialah:
1) Tujuan dihilangkan satu baris tanwin ialah untuk digantikan dengan huruf nun di mana huruf nun itu akan diletakkan di bawah huruf hamzah wasol.
2) Diletakkan huruf nun di bawah huruf Hamzah Wasol ialah kerana di dalam Kitab Tajwid Al-Quran tulisan Ustaz Haji Abdul Qadir Leong ada menerangkan bahawa tanwin itu ialah huruf nun tambahan yang bertanda sukun. Maka sebab itulah diletakkan huruf nun iaitu sebagai gantian kepada satu baris tanwin yang dihilangkan tadi.
Selain dari mengikut kaedah tajwid, bacaan ini juga bertepatan dengan ilmu Nahu Bahasa Arab. Bacaan yang sedemikian dinamakan Melepaskan Dua Huruf Yang Bertanda Sukun.
——————————————————————–
Mengenai Penulis
Abdullah Idris ialah seorang guru KAFA yang telah berpengalaman mengajar al-Quran dan Tajwid selama 3 tahun iaitu sejak tahun 2006 lagi. Di blog ini beliau akan berkongsi sedikit ilmu & pengalaman beliau tentang ilmu tajwid. Lawati blog beliau di http://abdullahidris.com untuk mengenali beliau dengan lebih dekat.
————————————————————————————
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog anda, di forum atau di mana sahaja asalkan anda tidak mengubah setiap isi kandungan artikel ini termasuk biografi penulis.
————————————————————————————
Sekiranya anda merasakan artikel ini bermanfaat, apakata anda tinggalkan sedikit komen atau daftar sebagai ahli newsletter kami.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI



