Syarat dan Rukun Bacaan Al-Quran
Apabila anda melaksanakan ibadah seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya, tentunya anda tahu dan telah sedia maklum bahawa dalam ibadah-ibadah itu terdapat syarat dan rukun-rukun yang perlu ditunaikan.
Tetapi sedarkah anda bahawa dalam bacaan al-Quran juga ada syarat-syarat dan rukun-rukun yang perlu anda tunaikan? Sekiranya anda sedar, adakah anda tahu apakah syarat-syarat dan rukun-rukun tersebut?
Sebelum saya pergi kepada rukun-rukun dan syarat-syarat tersebut, perlu saya ingatkan di sini bahawa apabila anda telah mengetahui hukum-hukum tajwid seperti Izhar, Idgham, Ikhfak dan pelbagai lagi hukum yang ada di dalam ilmu tajwid, anda mestilah berjumpa dengan ustaz pembaca al-Quran atau ahli qiraat yang bersanad sahih dalam bidang al-Quran.
Tujuannya adalah untuk mendengar dan melihat bacaan mereka kerana inilah satu-satunya syarat yang wajib untuk mempelajari membaca al-Quran secara Talaqqi dan Musyafahah. Dibawah ini saya senaraikan rukun-rukun bacaan al-Quran.
Rukun-rukun bacaan itu ada tiga perkara:
1. Bacaan Yang Mempunyai Sanad Yang Sahih
- Iaitu sah sanadnya dengan cara membaca dan mempelajari dari seorang guru yang mahir yang mana sanadnya bersambung terus kepada Nabi Muhammad s.a.w. Hendaklah membaca dari awal hingga khatam tiga puluh juzuk al-Quran.
2. Bacaan Yang Bertepatan Dengan Bahasa Arab
- Muafakat bacaannya pada satu wajah diantara beberapa wajah nahu bahasa arab walaupun dengan wajah yang daif. Sekiranya mempelajari al-Quran dengan guru yang mengetahui ilmu nahu, maka masih sah bacaannya, ini menurut pendapat yang sahih.
3) Bertepatan Dengan Menggunakan al-Quran Resam Uthmani
- Iaitu dengan mengetahui kaedah-kaedah yang digunakan di dalam al-Quran Resam Uthmani seperti Al-Hazaf, Az-Ziyadah, Al-Badalu dan sebagainya.
Maka, setelah anda mengetahui rukun-rukun di dalam bacaan al-Quran maka rukun-rukun tersebut mestilah dilaksanakan seperti anda melaksanakan rukun-rukun di dalam ibadah-ibadah lain.
————————————————————–
Mengenai Penulis
Abdullah Idris ialah seorang guru KAFA yang telah berpengalaman mengajar al-Quran dan Tajwid selama 3 tahun iaitu sejak tahun 2006 lagi. Di blog ini beliau akan berkongsi sedikit ilmu & pengalaman beliau tentang ilmu tajwid. Lawati blog beliau di http://abdullahidris.com untuk mengenali beliau dengan lebih dekat.
————————————————————————————
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog anda, di forum atau di mana sahaja asalkan anda tidak mengubah setiap isi kandungan artikel ini termasuk biografi penulis.
————————————————————————————
Sekiranya anda merasakan artikel ini bermanfaat, apakata anda tinggalkan sedikit komen atau daftar sebagai ahli newsletter kami.
2 Comments to “Syarat dan Rukun Bacaan Al-Quran”
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI



By Mohd Puaad, December 5, 2009 @ 1:48 pm
Assalamualaikum,
Ustaz boleh ustaz terangkan pada saya secara terperinci pada saya apa dia sifat-sifat huruf bersama contohnya .
By admin, December 8, 2009 @ 5:32 pm
Wa’alaikumussalam,
Untuk ruangan yang agak terhad ini, agak sukar untuk saya menerangkan secara terperinci tentang sifat-sifat huruf ini. Saya cadangkan anda cuba baca lebih lanjut tentang sifat huruf melalui link yang saya sediakan. dari situ sekiranya ada soalan, anda boleh bertanya kepada saya.
Ini linknya:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sifat_huruf
Saya harap dapat membantu anda.