Petua Menjaga Suara
Assalamualaikum pembaca sekelian,
Ha! Terkejut tak dengan tajuk di atas? Mungkin yer mungkin tidakkan. Apa tidaknya, mungkin saya agak lama tidak update blog ni dengan tulisan terbaru. Jadi, bila muncul dengan tulisan terbaru, nak bagi petua menjaga suara. Macam artisla pulak
.
Jangan salah sangka dengan tajuk di atas. Bukan artis saja tau yang kena jaga suara ni. Kita yang ingin membaca al-Quran pun sepatutnya mempunyai suara yang baik dan sedap didengar. Membaca al-Quran dengan nada suara yang baik sangat dituntut di dalam Islam. Ini kerana bacaan yang diikuti dengan suara yang sedap akan lebih memberi pengaruh kepada orang yang mendengarnya.
Ini kerana pernah diriwayatkan pada suatu malam, Nabi Muhammad s.a.w mendengarkan Abu Musa Al-Asya’ri membaca al-Quran sampai jauh malam. Sepulangnya baginda di rumah, baginda terus ditanya oleh isterinya iaitu Siti ‘Aisyah r.a, apa yang menyebabkan baginda pulang ke rumah pada waktu lewat malam. Maka Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa baginda terpikat dengan kemerduan suara Abu Musa Al-Asy’ari membaca al-Quran, sepertimana merdunya suara Nabi Daud a.s.
Hebatkan kelebihan orang yang dapat membaca al-Quran dengan suara yang sedap ni. Jadi, pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian tentang bagaimana cara-cara yang boleh diamalkan untuk mendapatkan suara yang merdu.
Tapi, kalau diberikan Allah suara yang merdu, jangan pulak pergi masuk AF, OIM, atau yang seumpama dengannya tau
. Gunakanlah kelebihan tu untuk membaca al-Quran. InsyaAllah akan mendapat ganjaran dari Allah.
Antara petua yang boleh diamalkan ialah :
1) Banyak minum air. Hindari minuman yang mengandungi kafein.
Kebanyakan dari kita zaman sekarang ni suka sangat minum air sejuk (ais). Saya nasihatkan kepada anda jangan amalkan minuman sejuk kerana ia akan merosakkan suara anda. Selain itu, nafas anda akan tersekat-sekat ketika membaca al-Quran. Ini akan menyebabkan anda tidak dapat membaca al-Quran dengan satu nafas.
Pita suara kita bergetar dengan kecepatan yang tinggi, dan dengan banyak meminum air suam atau mineral akan membuatkan pita suara kita sentiasa basah. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan makanan yang memiliki kadar air yang tinggi seperti epal, pir, melon, anggur dan sebagainya.
2) Jangan merokok
Emm…ini yang berat ini, betul tak? Tambah-tambah kalau yang baca tulisan saya ni merupakan perokok tegar
. Jika anda seorang perokok segera berhenti. Ini kerana amalan merokok akan meningkatkan risiko kanser pernafasan. Kalau dah kena kanser pernafasan, takkanlah suara nak sedapkan.
3) Jangan menyalahgunakan suara anda
Jauhkan daripada suka menjerit atau bercakap secara kuat dalam suasana yang bising. Kalau anda lakukan juga secara kerap, lama-kelamaan suara anda akan menjadi serak. Kalau dah serak, saya rasa lebih sesuai anda jadi penyanyi rockkan
. Suara serak adalah merupakan suatu tanda bahawa pita suara sedang mengalami iritasi.
4) Jangan amalkan batuk terlalu kerap
Ketika kita batuk ( iaitu bukan batuk sebab sakit, tapi mengada-ngada nak batuk), itu adalah sama seperti melakukan tegangan pada semua otot pernafasan dan pita suara secara sekali gus. Melakukan amalan batuk secara kerap akan menyebabkan otot-otot tersebut luka dan suara akan menjadi serak. Sekiranya anda memang sedang mengalami sakit batuk (bukan saja-saja nak batuk), banyakkan minum air suam supaya dapat mengurangkan rasa gatal di kerongkong anda. Tapi, kalau tak berkesan juga, saya nasihatkan anda segera melakukan pemeriksaan.
Nak lagi? Sudahla tu yer. Saya rasa empat petua ni pun belum tentu kita dapat amalkan secara konsisten. Kalau ada sesiapa yang dapat amalkan dengan berdisiplin petua-petua ni, bagitau kat saya. Saya akan tambah lagi dalam sepuluh ke dua puluh petua
.
Oklah, saya rasa cukup dululah info untuk kali ni. InsyaAllah, saya akan masukkan lagi tulisan-tulisan terkini yang berkaitan dengan ilmu tajwid pulak. Yelakan, dah nama pun blog tentang ilmu tajwid, takkan nak masuk cerita tentang ilmu geografi. Selamat mencuba.
P/S : Apa pendapat anda dengan artikel di atas? Janganlah baca saja yer. Rajin-rajinlah beri komen. Saya akan menghargai semua komen anda tersebut.
7 Comments to “Petua Menjaga Suara”
Bagaimana Melatih Bernafas Panjang | Portal Perintis Ilmu Tajwid — August 15, 2009 @ 11:20 am
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI




By Hamizul, August 7, 2009 @ 10:27 am
Salam, ha…bagus-bagus…petua yang baik bagi mereka yang memang mahu mendapatkan suara yang baik. Tapi, dah tahu nak amal pulak yang belum tentu…misalnya minum ais…
oh ya, nak tanya, ada orang kata jika ais tu, air batu yang dicampur dengan air, maka itu tak elok diminum. Tapi jika ais sejuk yang memang disimpan sejuk dalam fridge…itu ok…tak mudarat…betul ke?
By admin, August 7, 2009 @ 10:35 am
Wslm saudara hamizul,
Tentang ais sejuk yang disimpan dalam fridge tu saya tak pasti. Tapi dari yang saya amalkan, saya memang tak minum ais. Tak kiralah yang dicampur dengan ais batu atau yang disimpan sejuk dalam fridge. Nasihat saya, janganlah amalkan minum air yang sejuk iaitu ais.
By AzLan, August 9, 2009 @ 3:20 pm
salam…satu perkongsian yang baek..cume saya nk tnye., jika makan makanan pedas ke ade x effect pada suara kita..itu saja.,syukran..
By admin, August 9, 2009 @ 6:19 pm
Assalamualaikum azlan,
Terima kasih atas pertanyaan anda. Setakat yang saya taulahkan. Faham-fahamlah saya bukan doktor
, makanan pedas tak memberikan kesan buruk pada suara. Sebab kadang-kadang saya pun makan makanan yang pedas. Tak der pulak kesan pada suara.
Yang saya tau, makan pedas ni dia akan jejaskan kesihatan disudut lain. Contohnya, orang yang mengamalkan makanan pedas boleh kena penyakit apendik.
Saya syorkan supaya azlan bertanya dengan orang yang lebih arif tentang perkara ni yer.
By hazimah, August 14, 2009 @ 5:33 pm
waalaikumussalam..
TQ atas petua y diberi.. sya memang kurang minum ais kadang2 je.. tapi suara saya jenis serak sikit. apa pun nanti tambah lagi petua ye.
By admin, August 14, 2009 @ 9:31 pm
Sama-sama hazimah,
InsyaAllah saya akan tunaikan permintaan hamizah:-)