Cara Bacaan Hamzah Wasol Diantara Tanwin Dan Huruf Sabdu Atau Sukun

Assalamualaikum pembaca sekelian,

Fuuuhhh…panjangnyer tajuk. Agak-agak anda mesti susahkan kaedah yang saya nak kongsikan dalam tulisan kali ni.

Maaflah sebab letakkan tajuk yang sebegitu panjang.Sebenarnya saya tak tau tajuk aper yang pendek dan sesuai untuk kaedah ni. Tapi, sebenarnya kaedah ni sangatlah mudah dan boleh anda fahami dan ikuti sekiranya anda memberi tumpuan.

Melalui pengalaman saya setelah mengajar al-Quran dan tajwid, boleh dikatakan lapan puluh peratus anak murid saya masih tidak tahu bacaan menggunakan kaedah ini. Walaupun sebelum belajar dengan saya, mereka telah pun beberapa kali khatam al-Quran.

Walaupun kaedah ini saya katakan mudah, anda jangan terkejut jika realitinya masih ramai dari kalangan kita yang tidak mengetahuinya. Hatta seorang yang telah bergelar imam. Teruskan bacaan anda.

Apakah huruf Hamzah Wasol itu?

Hamzah Wasol ialah huruf Alif yang terdapat kepala huruf sod kecil di atasnya. Jangan bimbang. Saya akan terangkannya dalam video di bawah. Untuk pengetahuan anda, di dalam ilmu tajwid, ada satu bab khusus yang menerangkan tentang cara bacaan hamzah wasol.

Kesimpulannya, untuk memahami dengan lebih terperinci tentang kaedah bacaan hamzah wasol ini, anda perlulah belajar bab tersebut dengan mendalam.

Oklah, saya taknak berceloteh panjang. Jom tengok video yang telah saya sediakan tentang kaedah ni. Tapi sebelum tu, pastikan anda sertakan bersama anda satu mushaf al-Quran Resam Uthmani atau pun terjemahannya. Kalau anda masih tak faham selepas menonton video ni, komenlah kat saya k. InsyaAllah saya akan bantu anda dengan video yang lain pulak. Selamat menonton :-)

P/S : Adakah artikel ini membantu? Kalau ya, apakata anda melanggan artikel terkini saya secara automatik melalui emel atau RSS feed.

Blog Rujukan Ilmu Tajwid

Share/Save/Bookmark

6 Comments to “Cara Bacaan Hamzah Wasol Diantara Tanwin Dan Huruf Sabdu Atau Sukun”

  1. By azman, September 14, 2009 @ 2:03 am

    terima kasih untuk info tajwid ini.cuma ingin bertanya lanjut,penambahan bacaan dengan huruf ‘nun’ berbaris di bawah disebabkan berjumpa dengan ‘nun’ yg sukun selepas hamzah wasol ke?ataupun kaedah bacaannya jika berjumpa dengan huruf nun kena tambah nun,kalau jumpa dengan mim kena tambah mim dan lain-lain lagi.ke macam mane ustaz?terima kasih

    • By admin, September 14, 2009 @ 1:09 pm

      Sama-sama azman.

      Untuk pengetahuan azman penambahan huruf nun itu ialah apabila tanda baris dua bertemu dengan hamzah wasol dan huruf bertanda sukun atau sabdu.Tak kirala huruf apa pun yang bertanda sabdu atau sukun tu. Tak semestinya huruf ‘nun’ atau ‘mim’ sahaja.
      Tentang penambahan huruf tu hanya huruf ‘nun’ sahaja, bukan huruf selain ‘nun’. Dan huruf ‘nun’ tu mestilah diletakkan baris di bawah.
      Harap jawapan saya ni dapat membantu.

  2. By hafiz, November 19, 2009 @ 2:42 pm

    assalamualaikum….
    sy baru saje berjumpa dgn blog ini( tercari-cari tntang penerangan hukum tajwid selama ini)

    sy cuma nak minta ustaz bg contoh lain…..sekiranya tanda baris dua bertemu dgn hamzah wasol dan huruf tanda sabdu ( cnthnya huruf mim),maka bacaanya ‘lahwanim(dibaca dengung dua harkat mcm hukum idgham maal ghunnah) jugak ke?

    harap faham soalan saya…terima kasih

    • By admin, November 19, 2009 @ 4:44 pm

      Wa’alaikumussalam,

      Dengan terjumpanya blog saya ni, saya berharap agar segala penerangan di sini dapat membantu. Berkenaan dengan soalan anda, hukum berkenaan ialah Nun Iwad iaitu Nun Tambahan. Contoh lain yang boleh anda lihat ialah di dalam surah Ibrahim, ayat 18. Anda lihat pada ayat ‘ karomadish taddat ‘. Anda dapat lihat di bawah huruf dal tanda baris dua di bawah. Selepasnya ialah huruf hamzah wasol. Dan selepas huruf hamzah wasol ialah huruf shin yang bertanda sukun.

      Cara bacaan yang betul ialah ‘ karoma dinish taddat ‘. Kaedahnya ialah tanda baris dua di buang satu barisnya dan di bawah hamzah wasol diletakkan huruf nun berbaris bawah. Nin berbaris bawah itu dimatikan dengan huruf syin yang bertanda sukun. Kaedah ini juga sama pada huruf yang bertanda sabdu. Saya harap penerangan ini dapat membantu.

      Sila maklumkan sekiranya anda masih tidak faham, insyaAllah saya akan tunjukkan bacaannya melalui video.

  3. By Abu, November 22, 2009 @ 11:12 am

    Salam…

    Trimas byk2 Ustaz, selama ini saya igtkan satu tempat saja dlm surah aljumaat, ssb tok imam kg tiap2 hari jumaat mesti baca ayat tu jer, tapi rupanya ada kaedah tersendiri erk. Mmg betollah kalau 80% yg masih tak tahu, kalau up% lagi pon saya percaya ni.

    Nak tanya ustaz. Kalau bacaan bukan ayat alkuran pon kita kena baca kaedah ini jugak ke? Cth dlm selawat tafrijiah “A……ala saidina muhammadin allazi…..”

    Saya terjumpa satu artikal ringkas, dlm tu ada cth lain. 1) surah-alakrof 164 2) surah maryam ayat 7 3) Surah Syuarok 123. semoga bermanfaat utk pengunjung buat rujukan.

    Kalau ustaz berkesempatan minta sedikit ulasan. slm.

    • By admin, November 22, 2009 @ 12:28 pm

      Wa’alaikumussalam,

      Sama-sama. Sebenarnya memang banyak ayat di dalam al-Quran yang perlu di baca dengan menggunakan kaedah ini. Untuk pengetahuan Abu, ayat yang selain ayat al-Quran juga perlu dibaca dengan kaedah ini. Contohnya dalam doa selepas azan iaitu pada kalimah ‘muhammadinil wasilah…’.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply