Kaedah Mengenal Makhraj Huruf

Assalamualaikum pembaca sekelian,

Apabila kita mendalami ilmu tajwid, salah satu tajuk yang akan kita pelajari ialah tentang makhraj huruf. Makhraj ialah tempat menahan/menyekat udara ketika bunyi huruf dilafazkan. Huruf yang dimaksudkan ialah huruf hijaiyah bahasa arab yang mengandungi dua puluh lapan huruf. Menurut pendapat Imam Al-Khalil dan kebanyakan ahli qiraat dan ulamak nahu antaranya Imam Ibnu Al-Jazari, jumlah bilangan makhraj yang umum/utama terbahagi kepada lima bahagian.

Namun saya tidaklah akan menerangkan tentang lima bahagian tersebut dalam tulisan saya pada kali ini. InsyaAllah, mungkin saya akan menerangkannya dalam tulisan saya akan datang. Ini kerana bab makhraj huruf merupakan suatu bab yang memerlukan kepada huraian yang panjang.

Dalam tulisan kali ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian satu kaedah mudah dan praktikal bagaimana untuk mengenal makhraj sesuatu huruf  itu. Sebenarnya ada satu cara yang mudah sekali bagaimana untuk kita mengenal mana-mana satu makhraj huruf yang kita kehendaki. Caranya ialah dengan menyukunkan atau mematikan huruf yang dikehendaki untuk mengenal makhrajnya. Sesudah itu, tambahkan sebelum huruf yang bertanda sukun tadi huruf hamzah bersambung atau anda boleh tambahkan dengan huruf-huruf lain. Kemudian huruf tersebut hendaklah diberi dengan tanda bacaan baris di atas, di bawah atau dihadapan. Cuba sebut bunyinya dan perhatikan dengan teliti dimanakah tempat pemutusan suara. Maka tempat pemutusan suara itulah makhraj bagi huruf yang dikehendaki untuk mengenal makhrajnya iaitu yang diletakkan tanda sukun tadi.

Misalnya kita hendak mengenali makhraj huruf  ‘ba’, maka ia diberi tanda bacaan sukun, sesudah itu didahului oleh huruf hamzah bersambung atau dengan huruf  lain, kemudian diberi tanda bacaan baris di atas, di bawah atau dihadapan. Sebagai contoh sila lihat dalam jadual di bawah.

 

 

 

 
Anda lihat pada kotak yang bertulis dengan Hamzah Bersambung, ia juga boleh digantikan dengan huruf yang lain. Kemudia anda letakkan tanda bacaan baris di atas, di bawah atau di hadapan. Pada kotak seterusnya ialah huruf-huruf yang bertanda mati. Inilah huruf yang kita hendak kesan di mana makhraj hurufnya. Oleh sebab itu ia diletakkan dengan tanda bacaan sukun.

Katakanlah pada huruf  ‘ba’ bertanda mati itu, anda letakkan tanda bacaan baris di atas pada huruf hamzah bersambung, maka bunyinya ialah ‘ab’. Jadi tempat pemutusan suara (makhraj) ialah pada bibir mulut. Jadi makhraj bagi huruf  ‘ba’ ialah di bibir mulut. Dan begitulah juga kaedahnya untuk huruf-huruf yang lain.

Selamat mencuba!

Anda ada pendapat yang bernas untuk artikel di atas? Berikan komen anda. Saya amat menghargainya.

Share/Save/Bookmark

2 Comments to “Kaedah Mengenal Makhraj Huruf”

  1. By Noor, December 1, 2009 @ 12:20 pm

    assalamu’alaikum ustaz

    bg saya kaedah ini sgt menarik..namun ustaz bgaimana pula untuk huruf yg hampir sama bunyi nya sperti KHA’ dan QAF, TSA’ dan SIN.Harap ustaz dapat mmberi penjelasn lebih lanjut tentang perkara ini.Insyaallah semoga jawapan ustaz dapat memberi panduan kepada saya yg masih tidak berpuas hati dengan sebutan huruf saya.

    • By admin, December 8, 2009 @ 5:17 pm

      Waalaikumussalam,

      Untuk huruf yang sebutannya hampir sama seperti kha, qaf, tsa dan sin, kaedahnya pun sama seperti yang saya tunjukkan. Untuk memastikan bahawa sebutan huruf-huruf tersebut betul, saya syorkan agar anda memperdengarkan bacaan anda kepada guru al-Quran yang ahli.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply