Hukum Mad Asli

Assalamualaikum pembaca sekelian,

Sedar atau tidak, masa berjalan dengan terlalu pantas. Mana tidaknya, tanpa kita sedari, kita kini telahpun berada di awal bulan Sya’aban. Bulan Rejab telah meninggalkan kita manakala Ramadhan Al-Mubarak pula semakin menampakkan diri. Jadi, di dalam bulan Sya’aban inilah masanya untuk kita membiasakan diri, melatih diri dengan ibadah-ibadah sunat supaya apabila berada di bulan Ramadhan, mudah untuk kita melakukan segala ibadah.

Sepertimana bulan-bulan Ramadhan yang telah berlalu, di dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan ini, amalan bertadarus al-Quran pasti menghiasi malam-malamnya setelah kita selesai mengerjakan ibadah solat sunat tarawih. Bagi mereka yang telah menguasai ilmu tajwid, semestinya amalan bertadarus al-Quran ini menjadi suatu amalan yang amat memberi makna. Bertadarus al-Quran di malam-malam Ramadhan amat besar ganjaran yang dikurniakan Allah. jadi sekiranya anda masih belum mampu menguasai ilmu tajwid dengan mendalam, tanamkan azam dalam diri anda bermula dari sekarang untuk mencuba sedaya upaya menguasai ilmu tersebut.

Bagaimana caranya? Mudah sahaja. Jawapannya ialah pastikan anda bookmark tulisan-tulisan di blog saya ni, betul tak?(promosila pulak) :-)

Eh! Panjang pula celoteh saya nikan. Oklah, untuk tulisan pada kali ini saya akan menerangkan tentang hukum dan cara bacaan Mad. teruskan bacaan anda yer. Dan fahamkan dengan sebaik-baiknya.

Mad menurut bahasa ialah tambahan atau lebih. Manakala menurut istilah ilmu tajwid pula ialah memanjangkan sebutan suara lebih dari dua harkat dengan huruf Mad (pemanjang) pada ketika pertemuannya dengan huruf hamzah atau tanda sukun.

Huruf-huruf Mad ada tiga semuanya iaitu:

1) Alif di mana huruf sebelum Alif mesti berbaris di atas.
2) Wau di mana huruf sebelum Wau mseti berbaris di hadapan.
3) Ya’ di mana huruf sebelum Ya’ mesti berbaris di bawah.

Saya harap anda dapat memahami penerangan saya setakat ini. Saya akan teruskan pula kepada bahagian-bahagian Mad. Mad dapat dibahagikan kepada dua bahagian sahaja. Bahagian-bahagiannya ialah:

1) Mad Asli
2) Mad Far’i

Untuk tulisan kali ini saya akan menerangkan terlebih dahulu tentang Mad Asli ini. Bahagian Mad Far’i insyAllah akan saya sentuh dalam tulisan saya akan datang. Ini kerana di dalama bahagian Mad Far’i terdapat sebanyak empat belas hukum bacaan. Jadi ianya memerlukan penerangan yang lebih panjang.

Apakah dia Mad Asli?

Mad Asli ialah mad yang asal wujudnya bagi huruf-huruf yang bertemu dengan huruf-huruf mad. Ia bukan disebabkan selepas huruf mad terdapat huruf hamzah atau tanda sukun. Ia dibaca dengan kadar mad dua harkat sama ada ketika menyambung bacaan atau berhenti bacaan padanya.

Selain itu mad asli juga dinamakan Mad Tabi’i, kerana ia sudah menjadi tabiat bagi semua pembaca al-Quran yang mahir/baik tidak mengurangkan kadar madnya dua harkat dan tidak pula melebihi dari itu. Ia juga dinamakan Mad Zati kerana mad ini memang terdiri daripada huruf madnya (zatnya) sendiri. Untuk perhatian anda, di dalam Al-Quran Resam Uthmani ketiga-tiga huruf mad ini tidak diberi apa-apa tanda di atasnya untuk menunjukkan ia sebagai huruf mad.

Untuk memberikan lebih kefahaman, saya telah sediakan sekali penerangan dalam bentuk video. Sila lihat video di bawah ini. Sekiranya anda masih tidak faham, jangan malu-malu untuk bertanyakan kepada saya yer. Ingat pepatah melayu ada mengatakan “Malu Bertanya Sesat Jalan” :-) . Jadi, pastikan anda tidak tersesat jalan tau.

Oh ya. Saya masih dalam kajian tentang apa tajuk-tajuk yang akan saya masukkan dalam kelas tajwid online saya nanti. Mungkin saya akan adakan sedikit undian melalui blog ini. Jadi, saya berharap agar anda dapat membantu saya dalam undian ini dengan memberikan respon anda terhadap undian tersebut. Jadi, pastikan anda telah melanggan tulisan saya melalui RSS atau emel supaya apa-apa sahaja pengumuman terkini saya, anda tidak akan terlepas mengenainya.

Ok, jumpa lagi yer. Assalamualaikum.

Blog Yang Membicarakan Tentang Ilmu Tajwid,Tip & Pelbagai Tentang Al-Quran

↑ Grab this Headline Animator

Share/Save/Bookmark

2 Comments to “Hukum Mad Asli”

  1. By Sham Izuddi, September 14, 2009 @ 11:13 am

    askum ustaz
    saya masih tidak faham tentang hukum mad asli. tolong ustaz bagikan contoh kerana dalam blog tiada cth ayat alquran kalau tidak salah saya.
    sekian ustaz.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply