Hukum Bacaan Idgham
Assalamualaikum pembaca sekelian,
Saya ingin memohon maaf kepada anda sekiranya membuatkan anda tertunggu-tunggu artikel terbaru blog saya. Sebenarnya , pada pukul dua belas tengahari tadi saya baru sahaja selesai mengikuti kursus P&P Berkesan khusus untuk guru-guru KAFA yang baru dilantik.
Kursus tersebut diadakan selama tiga hari dua malam bertempat di hotel Seri Malysia, Ipoh. Jadi selama itulah saya tidak online. Sekali lagi saya memohon maaf kepada anda yer. Pada artikel kali ini, saya akan berkongsi dengan anda tentang hukum bacaan Idgham.
Apakah pengertian Idgham?
Makna Idgham dari segi bahasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Manakala makna Idgham dari segi istilah pula ialah memasukkan huruf pertama yang bertanda sukun ke dalam huruf kedua yang berbaris dan menjadi kedua-duanya satu huruf dari jenis huruf yang kedua.
Huruf idgham ada enam semuanya iaitu ya, ro, mim, lam, wau, nun. Untuk memudahkan anda mengingatinya, ia telah dihimpunkan menjadi satu rangkaikata iaitu, yarmaluuna.
Di dalam al-Quran resam Uthmani, hukum idgham nun sukun ini tidak diletakkan tanda sukun di atasnya, dan menggunakan baris dua dia atas dan di bawah di mana kedua-dua barisnya tidak selari. Manakala untuk baris dua di hadapan pula, ia diletakkan dengan bentuk dua huruf wau kecil berturut-turut untuk menunjukkan hukum bacaannya idgham.
Idgham Terbahagi Kepada Dua Bahagian
1. Idgham Ma’al Ghunnah ertinya memasukkan bersama dengung. Ia juga dinamakan Idgham Naqis ertinya memasukkan secara tidak sempurna. Huruf Idgham Ma’al Ghunnah berjumlah empat iaitu ya, nun, mim dan wau. Untuk memudahkan kita mengingatinya, ia telah dihimpunkan dalam kalimah yanmu.
2. Idgham Bila Ghunnah ertinya memasukkan secara tidak dengung. Ia juga dinamakan dengan Idgham Kamil dimana ertinya memasukkan secara sempurna. Huruf Idgham ini pula hanya mengandungi dua huruf sahaja iaitu lam dan ro. Untuk kefahaman anda, saya telah sediakan contoh-contohnya di dalam jadual di bawah:

Untuk menambahkan lagi kefahaman anda tentang hukum Idgaham ini, saya telah menyertakan sekali penerangan dalam bentuk video. Saya amat-amat berharap agar dengan adanya penerangan secara video ini akan dapat membantu untuk anda memahami dengan lebih jelas lagi.
Saya juga mengalu-alukan sebarang pertanyaan, komen atau pendapat yang membina dari anda sekelian. Mudah-mudahan dengan cara tersebut, pengisian maklumat di blog ini akan lebih memberi manfaat.
Pastikan anda merujuk contoh-contoh ayat di atas kerana saya akan membaca berdasarkan contoh tersebut. Saya mengharapkan anda dapat memahirkan bacaan dalam hukum Idgham ini.
Video 1 : Hukum Al-Idgham
Video 2 : Bahagian-bahagian Idgham
Video 3 : Cara bacaan Idgham
Sila bertanya kepada saya sebarang soalan sekiranya anda masih belum faham dengan hukum Idgham ini. InsyaAllah saya akan membantu anda. Selamat membaca.
Anda berminat dengan artikel di blog ini? Langgan secara automatik dan mudah hanya melalui emel atau RSS feed.
Bagaimana dengan artikel ini? Anda ada komen? Saya ingin mendengar komen anda tentang artikel ini.
3 Comments to “Hukum Bacaan Idgham”
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI



By Raja Ahmad Saifulizam, September 6, 2009 @ 2:29 pm
Ada guru yang saya hormati dan kagumi mengatakan bahawa semasa menyebut idgham ma’al ghunnah ini, tiada angin yang keluar melalui hidung. semuanya keluar ikut mulut sahaja. Boleh ustaz terangkan kaedah yang tepat?
By admin, September 6, 2009 @ 3:07 pm
Terima kasih kerana bertanya.
Sebelum itu kita kena tau bahawa yang dimaksudkan dengan Idgham Maal Ghunnah itu ialah Masukkan Bersama Dengung. Dengung ialah suara lembut yang keluar melalui rongga hidung. Iaitu apabila langit-langit dan anak tekak diturunkan dan udara dari paru-paru akan melalui rongga kerongkong dan melalui anak tekak dan keluar melalui hidung.
Berdasarkan ilmu saya yang sedikit ni, apa yang saya tau apabila bacaan hukum Idgham Maal Ghunnah ini, maka mesti dikeluarkan udara melalui hidung(khaisyum). Kerana kalau tak keluarkan melalui hidung, maka ketika ini bacaan tidak akan berdengung, maka tidaklah menepati bacaan Idham maal ghunnah di mana bacaannya mesti berdengung.
Wallahu a’lam.
By Raja Ahmad Saifulizam, October 13, 2009 @ 1:09 pm
Apabila saya perhatikan para qari dan qariah antarabangsa yang terdiri dari juara dan naib juara, ternyata kenyataan ustaz saya itu betul. Malah, sy ada bertanya dan minta salah seorang dari mereka membacakan kepada saya. Bacaan mereka itu tiada keluar dari hidung