Qalqalah:Jenis dan Cara Bacaannya

Assalamualaikum perbaca sekelian,

Bagi anda yang pernah mengikuti mana-mana kelas pengajian ilmu tajwid,pasti anda telah diajar dengan cara-cara bacaan qalqalah.Tetapi sekiranya anda belum pernah mempelajarinya,saya akan berkongsi dengan anda pada tulisan kali ini.Jadi teruskan bacaan anda.

Apakah qalqalah?

Qalqalah menurut bahasa ialah bergerak-gerak dan bergetar.Manakala menurut istilah ilmu tajwid ialah bunyi lantunan yang kuat daripada makhraj ekoran bacaan huruf  bertanda sukun makhrajnya ditekan terlalu kuat dan dilepaskan dalam waktu yang singkat.hurufnya lima sahaja dimana ia telah dihimpunkan dalam kalimah  قطبجد  (qutbujaddin).Berlakunya qalqalah ini pada ketika hurufnya bertanda sukun sedia ada atau ketika hurufnya dibaca dengan sukun mendatang kerana berhenti bacaan padanya.

Qalqalah terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

i) Qalqalah Sughra (صغرى ) iaitu kecil.Makna kecil disini ialah bunyi lantunannya hanya sederhana.Untuk melihat contoh-contohnya,sila buka mushaf al-Quran Rasm Uthmani.

1) Surah an-Nazi’aat ayat 3 :  lihat pada kalimah  ‘ سبحا ‘

2) Surah ‘Abasa ayat 3 :  lihat pada kalimah يدريك’

3) Surah an-Nazi’aat ayat 13 : lihat pada kalimah  زجرة ‘

4) Surah at-Takwir ayat 15 : lihat kalimah ‘ اقسم ‘

5) Surah al-Buruuj ayat 12 : lihat kalimah ‘ بطش ‘

Kalau anda lihat di dalam al-Quran,kalimah-kalimah yang saya sebutkan di atas semuanya bertanda sukun sedia ada.Ini adalah tanda bagi qalqalah صغرى . Selalunya qalqalah ini berada diawal atau dipertengahan ayat.

(ii) Qalqalah Kubra ( كبرى )besar.Makna besar di sini ialah lantunannya lebih kuat seolah-olah huruf qalqalah hampir berbaris di atas.Jika huruf-huruf qalqalah berbaris berada di akhir kalimah,kerana berhenti bacaan padanya,maka ia diberi tanda bacaan sukun mendatang.Jadi hendaklah bacaan qalqalahnya lebih kuat seakan-akan hampir berbaris atas.Untuk melihat contoh-contohnya,sila buka mushaf al-Quran Resm Uthmani dan lihat pada ayat di dalam surah-surah di bawah.

1) surah al-Insyiqaaq ayat 17 : Lihat pada kalimah ‘ وسق ‘

2) Surah al-Buruuj ayat 1 : Lihat pada kalimah ‘ البروج ‘

3) Surah al-Buruuj ayat 2 : Lihat pada kalimah ‘  الموعود ‘

Dalam contoh-contoh di atas,semua huruf-huruf qalqalah asalnya berbaris tetapi diberikan tanda bacaan sukun mendatang kerana berhenti bacaan padanya.Qalqalah kubra ( كبرى ) juga selalunya berada di akhir ayat.

Sebenarnya dalam hukum qalqalah,masih ada satu lagi jenis bacaan qalqalah,iaitu ketika huruf tersebut bertanda sabdu.Tetapi saya akan tulis tentang qalqalah tersebut pada tulisan saya akan datang.Jadi untuk tidak ketinggalan tulisan terbaru saya,daftarkan emel anda supaya semua tulisan terbaru saya akan terus ke inbox anda.

Anda ada komen dengan artikel ini? Kongsikannya dengan pembaca lain.Saya mengalu-alukan komen dan pendapat anda.

Share/Save/Bookmark

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply