Qalqalah:Jenis dan Cara Bacaannya
(sambungan dari tajuk Qalqalah:Jenis dan Cara Bacaannya)
Assalamualaikum pembaca sekelian,
Maaf sekiranya saya membuatkan anda tertunggu-tunggu untuk membaca tulisan terbaru saya.Seperti mana dijanjikan,pada tulisan kali ini saya akan menyambung tulisan saya yang terdahulu berkenaan dengan hukum qalqalah.
Dalam tulisan kali ini saya tidak lagi akan menerangkan tentang maksud qalqalah, kerana saya telah pun menerangkannya dalam tulisan saya yang lepas.Anda boleh membaca tulisan saya yang terdahulu dengan klik di sini sekiranya ingi mengetahui apa yang dimaksudkan dengan qalqalah.
Di dalam hukum bacaan qalqalah,terdapat satu lagi cara bacaan qalqalah,iaitu ketika huruf qalqalah tersebut bertasydid.Ia dinamakan qalqalah akbar.Qalqalah ini tidak jauh beza dengan qalqalah kubra kerana ia juga berada diakhir ayat dan dibaca dengan sukun mendatang.Perbezaan yang paling ketara pada hukum qalqalah akbar ini ialah tanda tasydid yang terdapat pada huruf qalqalah tersebut.
Sila perhatikan ayat di bawah dari surah al-Masad,ayat 1:
تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ
(Perhatian : Sila rujuk pada al-Quran sebenar sekiranya tulisan kurang jelas)
Anda lihat pada perkataan وَتَبَّ di mana huruf ‘ba’ ialah huruf terakhir,maka dibaca dengan sukun mendatang.Tetapi disebabkan terdapat tanda tasydid di atasnya,maka bacaannya diberatkan sedikit.Ketika bertasydid inilah ia dibaca dengan hukum bacaan qalqalah akbar.
Diharapkan anda dapat memahami hukum bacaan qalqalah akbar dan dapat mengamalkannya.Kalau masih tak yakin,dapatkan guru-guru tajwid yang ahli dan dengarkan bacaan anda pada mereka.
Selamat membaca!
Jangan lupa yer berikan komen anda untuk artikel ni.
2 Comments to “Qalqalah:Jenis dan Cara Bacaannya”
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI



By alia, August 3, 2009 @ 3:28 pm
thanks so much for this tutorial. it helps me. barakallahu fiik:)
By admin, August 3, 2009 @ 9:19 pm
Sama-sama saudari alia,
Maaflah sebab saya tak berapa fasih berbahasa inggeris. Kalau ada pertanyaan,janganlah malu-malu bertanya.InsyaAllah saya akan tolong berdasarkan kemampuan saya.